menyemak kembali tulisan - tulisan lama

ini adalah sangat penting sekali sebenarnya.
kita tidak perlu menulis terlalu banyak, sampai tidak fokus, khusus dan serius, kerana di penghujungnya, kita tidak akan dapat menghasilkan apa - apa rumus perubahan untuk umat di masa hadapan. tetapi jika sekadar nak menulis main - main, tiadalah masalah. kepada sesiapa yang mahu menuliskan perubahan, tiadalah dapat dia melainkan kena fokus, serius dan khusus.
jadi aku melihat adalah keperluan untuk menyemak semula tulisan - tulisan lama. jika sudah ada lebih dari 100 penulisan, eloklah dia memperhatikan semula penulisannya. apakah sudah berlaku apa - apa goncangan? apakah sudah berlaku apa - apa gegaran? ataupun masih tiada apa - apakah yang berlaku semenjak hari mula dia memukul papan kekunci?

Ulasan

Catatan Popular