Memperkemaskan kembali catatan lama.
Dr. Alinor membuatkan aku terpaksa kembali memperkemaskan catatan lama.
ditambah dengan Asyraf Hadi yang memberitahuku bahawa tidaklah susah mana untuk mendapatkan domain.com.
dan aku berpendapat bahawa sesuatu itu eloklah ada domain.com bila tulisan - tulisannya sudah mencecah lebih dari 100 tulisan atau entri. itu adalah lebih berbaloi sebenarnya.
sangatlah mengecewakan sama sekali apabila berlaku lunggukan - lunggukan sampah di alam maya Melayu Malaysia dengan blognya yang tidak terurus dan serabai sama sekali. dan sebelum itu lagi, blognya memang tidak memberi apa - apa faedah pada umat manusia.
ya. di sini memang catatan - catatan eskapis aku, catatan - catatan pelarian. tetapi memperkemaskan adalah tanggungjawabku. kita mudah sangat terpesona dengan fenomena. ada blog, semua orang pakat buat blog. ada facebook, semua pakat mengaktifkan facebook. datang pula twiter, semua pun bertwit - twit. kita tidak konsisten, dan budaya ini tidak bagus.
kita begitu mudah dan terikut - terikut menyebabkan kita tidak mempunyai jati diri kita sendiri. kita begitu takut sekali berkeyakinan dengan sepenuh kepercayaan apakah yang kita mempercayai. kita lebih mempercayai fenomena.
sebab itu antara yang membuatkan aku tidak membuat akaun twitter. selain daripada menghilangkan tatabahasa dan sendi - sendi bahasa. bagiku laman sosial telah menghakis sedikit sebanyak adat budaya kita.
bila disebutkan tentang adat budaya bukanlah bermaksud, adat budaya bertuhankan feudalisme itu, tetapi adat - budaya yang merangkumi bahasa primitif, bahasa natif - budaya natif itu telah hilang sedikit demi sedikit. dan jika kita tidak menggunakan bahasa kita dengan betul, siapakah lagi yang akan menggunakan bahasa kita dengan betul? tidak ada. cumalah kita, dan hanyalah kita sahaja iaitu penutur bahasa kita sendiri.
aku tengah memikirkan nama lagi untuk akaun .com aku itu.

Ulasan