Banyak betul kerja perlu dilakukan..

kalau zaman aku di kuis dulu (sebuah kolej) problem terbesar ini dipanggil dengan nama jihad intelektuelisme.
ya. dan sekarang benar - benar aku merasai bebanannya. intelectual burden.
merasa sakitnya penderitaan intelektuelisme ini. tatkala orang lain hidup riang ria, kita pula yang begitu terbeban dengan beban yang maha kepalang beratnya ini.
Mad Luthfi seorang vlogger kata, pemuda PAS pun cakap benda yang sama, ayat yang sama, bila aku menceritakan problem yang aku menghadapi ini.
jika aku tidak buat, ada siapa lagi nak buat?
ternyata seperti kata Dr. Alinor kerja ini tiada termampu untuk dijalankan secara sendirian. kena buat secara kolektif. kena bergotong royong dalam jihad intelektuelisme ini. Rauf yang berikan nama ini sebenarnya. (sekarang tengah berselisih denganku yang memilih aliran intelektuelisme kiri ini)
dan aku sudah beralih harap dari sistem perpolitikan di Malaysia. kita tidak sepatutnya menaruh harapan kepada mana - mana parti politik di Malaysia lagi.
perubahan itu harus digerakkan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai kesedaran.
ahli - ahli politik itu memang tidak berguna sekali.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
anda berharap pada parti politik? sudahlah. hisyam dah kata, kalau pilihanraya(politik) dapat mengubah apa-apa, sudah lama ia diharamkan.

Catatan Popular