bercinta dan mati.

:)
soe hoek gie pun mati muda. muda sangat.
tahu kenapa dia benci sangat akan orang tua. aku pun mengalaminya. orang tua sentiasa mahu dirujuk. mahu dianggap terhormat. sangatlah laknat.
tetapi soe hoek gie sempat bercinta. maka bagi aku merugilah sesiapa yang tidak bercinta.
dan bukan bercinta dalam konteks sempit. atau cuma antara alat di bawah berut dan di celah peha. itu cuma hewan.
cinta melebih semua itu. cinta adalah perasaan kasih sayang, yang dilindungi rasa ingin bertanggungjawab. dan adalah lagi defenisi lain yang kita boleh masukkan sekali di dalam cinta.
dan cinta seperti kata orang, memang sepatutnya menguatkan. jadi yang membinasakan bukanlah cinta. sebaliknya nafsu berbaju cinta.
aku bercinta dengan isteri aku. tapi bukan sekadar rupa dan paras. tetapi lebih dari itu. ianya rasa untuk bertanggungjawab. yang tak mampu terluah dan diukir dengan kata - kata. hanya tindak dan langkah perbuatan sahaja yang bisa menerangkan akan hal ini.
sebab bercinta atas sebab rupa dan paras, sampai bila?
agak kau rasa boleh bertahan sampai bila? cinta bagi aku kalau seperti itu, itu cumalah cinta antara seorang lelaki dan seorang pelacur. atau seorang perempuan dengan sugar daddy (jika lelaki itu kaya).
isunya menjadi lebih teruk dan kronik bila bercinta tetapi tidak mahu bertanggungjawab. itu yang aku melihat pada gelagat anak - anak muda kini, dan orang - orang tua juga. pandai mereka menulis kasih dan sayang, cinta dsb pada sang kekasih.
tetapi bila tiba hari - hari yang memerlukan mereka bertanggungjawab, mereka akan resah, gelisah untuk memikirkan. maka mereka memikirkan alternatif lain. seperti mencari kekasih yang baru. dalam Islam, gelagat orang tua seperti ini dipanggil poligami.
aku bukan menentang poligami.

**
mati. aku cuma fikir bila sahaja aku akan mati sekarang ini.
sampai bila aku boleh bertahan dalam kehidupan sekarang.
maka mati aku anggap sebagai pilihan yang akan tiba. yang diharap - harapkan.
seseorang manusia itu bila telah dideritakan dengan ujian - ujian yang tidak tertahankan, dia akan memohon kematian. dia berharap seolah kematianlah yang paling menyembuhkan, yang akan menghapuskan, yang akan memadamkan segala apa penderitaan, kesusahan, ujian, kemiskinan, kelaparan, yang dialaminya selama ini.
ini juga antara sebab aku memohon kematian.
cuma aku masih takut dan bimbang.
dan kenapa kita memerlukan kematian? adakah kita tidak boleh mencipta kehidupan yang selama - lamanya?
aku rasa tidak boleh. setakat ini tiada penemuan sains yang menunjukkan akan kehidupan abadi dalam dunia selama - lamanya. tidak ada kehidupan selama - lamanya di atas dunia.
tetapi jika anda dapat bercinta dulu sebelum mati, ianya adalah sebuah nikmat yang tiada dapat dicatat, diungkap dengan kalimat - kalimat.
berani bercinta. berani mati.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
alam selama-lamanya tu diakhirat. malangnya kita kena mati dulu. aku pun takut mati.

Catatan Popular