ustaz wan dan cerita-cerita melawan.
ustaz wanji sebenarnya.
walau tak semua aku sependapat. tetapi aku tetap salut hormat.
dia ada di tengah-tengah kancah. saat semua asatizah mengelak dari masalah.
ah. bukan perlu susah mana pun.
cuma berada di tengah massa. di tengah khalayak. dan bercakap hal yang benar.
tidaklah kita mengimpikan ustaz-ustaz shahid di jalanan.
kerana itu kerja para syuhadak.
yang paling penting adalah kerja bercakap benar.
memberitahukan yang hak. dan memberitahukan apa dia yang bathil.
ali shariati. qardhawi. bahkan khomeini sendiri pun bukannya syahid di jalanan.
*ya qardhawi maseh bernafas. maksud aku arab spring, bukannya qardhawi yang memimpin massa mesir.
*ya khomeini memimpin massa. tetapi bukan khomeini berada di jalan dan syahid ditembak berguguran seperti ribuan saudara kita dalam menjatuhkan regim penaung savak.
cuma peranan yang dimainkan mereka -intelektual-agama sangat jauh ke depan berbanding konon-konon intelektual-agamawan di malaysia. ini menghampakan.
saat anak-anak muda tercari-cari identiti mereka.
ustaz-ustazah maseh teraba-raba di masjid. selesa dengan berkubu di zon selesa.
maseh selesa berfatawa fatawi. dan sangat komited berpoligami menambahkan bilangan isteri.
*bini, berasal dari perkataan lama yang dicampurkan iaitu beban ini.
begitulah. dan begitulah yang terjadi di malaysia 25 tahun aku hidup ini.
**
maaf ya.
aku adalah manusia yang paling sukar sekali memuji orang.
hatta isteri aku pun jarang aku puji.
sangat kritikal. ini penyakit sebenarnya.
aku pun tidak boleh kontrol penyakit ini.
ia seakan melumpuh membius mulut. seakan menjahit mulut. menzip mulut dari memuji seseorang ketika berdepan.
jadi aku agak jarang memuji ustaz wan. atau quote namanya.
walaupun aku merasakan sedikit sebanyak aku menerima percikan api ilmunya.
tetapi aku yakin.
dia juga mahu kita berani berfikir. dan berani melawan.
dan sepatutnya begitulah.
tradisi seorang pemikir atau rowshan fekr sebenar.
mengembangkan pemikiran yang difikirkan dan yang dituliskan. yang diperdebatkan.
kerja ahli politik sahaja mahu menambahkan lebih ramai dogmatis.
fundamentalis-fundamentalis muslim pun.
sepatutnya jika sangat berhajatkan pada aliran qutb. dan maududi.
-dari aliran hakimiah tauhid.
seharusnya bersaing sedemikian ustaz wan juga.
buka bertindak cantas mencantas bodoh membodoh.
ya.
jika tak bersetuju sekalipun. pelabelan adalah kerja tidak betul dan hanya menampak bodohkan lagi aliran islamis. dan aliran ini nampaknya dari hari ke hari semakin menunjukkan belang kebodohannya, sampai ke peringkat ekstrem berkembang menjadi islamis-fasis.
*dan aku tak fikir mereka mendalamkan ilmu sosial mereka hingga mereka sekarang dilabel islamis fasis.
dan anak-anak muda selalunya di bawah penjajahan minda islamis fasis ini terpenjara dengan pentarbiyahan atau takdib yang merepek. anak-anak muda di bawah penjajahan fundamentalis fasis ini hilang kemudaan mereka untuk berani menempuh, merempuh dan mencabar norma-norma yang dianggap sakral.
itulah yang membezakan anak-anak muda di bawah pengaruh ustaz wan dan fundamentalis-fundamentalis fasis.
**
apapun aku tengah menelaah pemikiran hasan hanafi, pendiri konsep yasar islami.
dalam bahasa marxistnya dipanggil islam kiri.
dan aku pernah sampai memikirkan ustaz wan juga seorang yang kiri. atau sunnah tafdhiliyah. dan ustaz wan pernah cakapkan padaku, dia juga tidak gemarkan muawiyah.
ini cerita bukan syiah ya. dalam syiah sekian berlaku banyak pecahan.
dan ada tafdhiliyah dan zaidiyah yang entahkan maseh ada mazhabnya hari ini tiadalah tahu.
tetapi sunnah tafdhiliyah, yakni memuliakan keluarga ali. tetapi berlapang dada dari hidup sesak sempit dada menggunakan agama untuk mengkafirkan yang berbeza tiadalah ada.
apa yang tengah dilancarkan ustaz wan sekarang.
ada pada tesis hasan hanafi.
ya.
sebelum aku membaca hasan hanafi lagi.
asghar yang telah wafat.
pun ada menukilkan tesis-tesis yang sama.
ya.
kerana kita semua orang melawan.
kisahnya pun. samalah. kan?

Ulasan