menyatu dengan alam.

sebenarnya nama mapala terus terang aku cakap diambil daripada mahasiswa pencinta alam gie.
tapi ide ini secara langsung aku peroleh dari eddy gordo. setahun lepas.
masa tu aku jobless. dan homeless juga. takda apa - apa yang tinggal kepada aku pada waktu itu. sangat miskin dan sangat sengsara.
jadi apa - apa ide yang menarik, akan terus dilancarkan.
bagaimanapun ketika aku berkempen tahun lepas. walaupun orang - orang yang ingin menyertai sangat ramai, tetapi tetap tidak berjaya dilaksanakan. kerana sangat banyak kekangan.
seperti biasa. modal lah alasan paling klise.
tetapi bak kata pepatah melayu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
akhirnya. inshaAllah akan menjadi juga rancangan menyatu dengan alam ini pada hujung minggu ini.
berpartner dengan akrab seni aku, iaitu saudara merisik rindu. aku sebagai ko-ordinator republikseni melantik beliau sebagai penyelaras unit mapala.
memecahkan tugas - tugas yang besar kepada unit - unit yang kecil adalah sangat baik dalam sesuatu organisasi. pergerakan organisasi akan lebih licin tanpa terbeku atau terikat ketat dengan birokrasi. maknanya semua perkara tidak perlu lagi melalui karenah hierarki.
aku berdoa moga aktiviti ini akan dijadikan rutin beberapa bulan ini. sebelum kami mencabar gunung kinabalu pula tidak lama lagi. aktivis - aktivis harus lebih mendekatkan diri dengan environmental semulajadi yang tenang tanpa kacau hirukpikuk mesin.
doakan kami sukses.

Ulasan

Catatan Popular