membangunkan wikipedia melayu.

acara mapala kami mungkin tak best mana kot. nama pun entah apa - apa.
dan bertembung pula dengan acara partisan. tak mengapalah. nak buat macamana.
so kami tangguh dulu. sebab penyertaan tak memberansangkan.
tapi kami tak putus asa. beberapa bulan lagi akan sambung semula.
aku beritahu kepada beberapa orang kawan. aku mungkin terpaksa bekerja, jika itu yang memaksa aku agar dapat melindungi, memayungi cita - cita aku.
tapi bukan kerja sepenuh masalah. kerja sambilan sahaja.
aku buat sistem pekerjaan - aktivisme aku begini.
kerja dua bulan. cuti sebulan.
kerja tiga bulan. cuti dua bulan.
kerja empat bulan. cuti tiga bulan.
so kalau nak cuti setahun, maka kena kerja dua tahun.
begitulah kira - kira perancangan pekerjaan aku. sebab tidaklah aku terdaya untuk bekerja lama dengan penghisap - penghisap keringat. dan dengan ini dalam masa yang sama aku boleh membangunkan aktivisme aku tanpa terpedaya dengan bujuk rayu dunia materialisme.
harap - harap aku dapat kerja sambilan bulan depan.
**
ini aku fikir 'jihad akademik' aku.
walaupun aku dropout. tapi inilah yang kena dibangunkan orang - orang yang sedar.
betapa wikipedia melayu sangatlah teruk. sangatlah cibai.
tetapi tak ada seorang pun berfikir nak membangunkan wikipedia melayu secara sungguh - sungguh. di sini aku bertanya - tanya, apakah dia peranan pustakawan - pustakawan di malaysia? dan peranan dewan bahasa dan pustaka? apakah kerja mereka melepak hingga hujung bulan menanti gaji dimasukkan ke dalam bank? apakah itu kerja mereka? mereka sangat teruk sekali jika itulah sahaja kerja mereka.
dan aku fikir bila aku menyumbang dalam wikipedia melayu, aku berasa aku sangatlah nasionalis. dan aku sangatlah sosialis lagi kiri.
kerana kerja ini siapa je yang nak bagi upah pada kau? hanya tuhan yang ganjarkan pahala memudahkan kefahaman orang lain. bahasa inggeris itu, kau cairkan untuk ramai orang, anak bangsa kau lebih faham. bukan berhujah siapa pro ppsmi, siapa tak pro ppsmi. ppsmi bagus. ppsmi tidak bagus. ini perdebatan yang bersifat defensif terhadap kemalasan bangsa kita mengaktifkan atau memarketkan bahasa kita. dalam hal ini pts adalah sangat hebat sekali dalam mempopularkan penggunaan bahasa melayu. walaupun kau tak suka macamana sekalipun, akuilah pts telah melakukan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh dbp.
bahasa melayu, sekurang - kurangnya dituturkan oleh ratusan juta dan empat buah negara, iaitu malaysia, indonesia, singapura dan brunei.
ramai orang bercakap sahaja. tapi berapa ramai yang akan bertindak?

Ulasan

Catatan Popular