internetphobia.
takut ada banyak jenis.
takut jatuh. takut dipersoal. takut digulingkan. takut dicabar. takut dilawan. takut dikritik. takut dijahanamkan. takut diranapkan.
dan takutkan internet bukanlah sebuah kelucuan bagi sebuah regim pemerintahan.
internet dah jadi satu senjata paling terbaik untuk kegiatan perlawanan.
zaman serba moden ini sudah tak perlu lagi masuk ke dalam hutan. atau bergerila di mana-mana. cukup anda boleh mengakses internet dan bercakap perkara benar. otomatik ianya sudah cukup membahayakan mana-mana pihak yang batil.
aku tak ingat siapa penutur asal quote ini. aku cuma ingat quote nya yang berbunyi,
telling the truth is always revolutionary.
aku melepak di mamak tadi. obama pun dah mula kuatkuasakan pengawalan polisi ini.
jangan kita cuma fokus pada polisi ini. tetapi lihat efek internet yang sebelum ini dikatakan sampah dan tak berguna. amerika yang sangat agungkan demokrasi dan kebebasan pun takut sehingga memerlukan kawalan.
jadi tindakan ini tidaklah pelik mana. kalau negara semegah amerika pun mengawal kebebasan media mereka. negara boneka pak turutnya seperti malaysia apatah lagi.
sangat mengagumi kekuatan internet. salah satu tool terpenting dalam kegiatan pendemokrasian idea.
cuma tivi. adalah satu hala. bahasa lain untuk menerangkan keterukan sistem satu hala adalah komunikatif dan interaktif. komunikasi dan interaksi. hal ini yang dikawal dan dijaga sepenuhnya oleh sistem tivi.
jadi tivi adalah mewakili sistem diktator, pemerintah, status quo, didengari, ditontoni, memberitahu, pemberitahu
dan kita menjadi yang sebaliknya dilemahkan oleh sistem tivi.
internet mendatangi kita dan sistem penguasaan tivi selama ini habis dianarkiskan.
anak-anak muda sudah pandai menyoal itu ini kenapa apa siapa.
tutup mulut sudah tidak berguna. sekarang semua orang mahu bertanya.
akhbar pun dah ada yang tutup kedai hasil penangan internet.
jadi bila kerajaan mula menguatkuasakan mehnah di internet. ada sebenarnya yang sedang berbau di situ.
internet memang bisa menghentam tulang belakang kerajaan. melumpuhkan sendi-sendi jabatan awam yang pincang korup dan tak pernah pernah dipersoalkan selama ini bagaimana mereka menghabiskan duit rakyat tanpa kerja yang memuaskan selain projek-projek bodoh pakpak menteri.
mereka boleh menyekat internet, menyekat kebebasan,
akan tetapi apakah kita akan diamkan, akan biarkan?

Ulasan