hutang.
ini catatan eskapis. walaupun jika dibukukan kanku namakan calang-catatan langgar.
jadi melanggar segala skema tatabahasa dalam entri ini.
dan aku fikir. aku taklah teruk sangat dibandingkan dengan nami perosak bahasa dan hlovate.
ya. hlovate baik sikitlah. sebab maseh jelas mesej positifnya jika dibandingkan nami perosak (anarkis bahasa? wth) bahasa dalam novel mereka.
ok. berhenti berkisah mengenai orang. aku banyak hutang.
aku merasakan pemergianku dari ogos 2010 agak serupa dengan umar umaiyah.
ya. persis sangat. cuma umar lebih lebih klasik dariku. aku mungkin contoh anak melayu moden, tanggang urban. atau si tanggang radikal.
member-member sekampung aku yang perasan sangat bagus berbisnes telah aku ambil duit yang kami kumpul bersama. ok. mereka sangat kerek apabila sudah reti berbisnes. dan (sangka jahat aku) mereka seperti mahu menendang aku bila-bila masa.
jadi aku pergi jauh. jauh sampai ke singapura.
itu duit aku juga ok. aku yang tolong fikirkan dan janakan dari mula. plan asal daripada siapa.
dan bukan aku bawa lari. cuma aku pinjam bahagian korang saja. nanti dah agak kaya aku bayarlah.
dan tahun ini aku bernazar janji. akan aku langsaikan segala hutang-hutang aku yang agak banyak.
kalau mahu kenal perwatakan umar umaiyah. begitulah.
kemudian terlibatlah dengan masalah-masalah. dan mula mencabar regim yang memerintah.
dan akhirnya aku terjebak problem dengan perempuan. begitulah yang membuatkan aku jauh dan semakin jauh dari kampung kelahiranku. 2010-2012. bulan april baru kupulang selepas agak stabil. dan tahun itu aku cuma pulang dua kali. dan tak pulang-pulang lagi. sampai sekarang.
bohonglah kalau aku tidak rindu kampung. tapi apakan daya.
takdir telah memilih wataknya. pelakunya telah dipilih. menolak manakan boleh, kerana ia sudahpun tertulis.
ya.
kini aku sudah berhenti berhutang. dan mula mengambus hutang-hutang lama. dan berdoa tiada lagi hutang baru.

Ulasan
hutang itu merujuk kepada apa?