kaki lawan.

jadi kaki lawan di mana saja.
ini jalan non komformis.
hanya bersetuju dengan kebenaran.
sama ada dalam fasa perubahan.
ataupun ketika naik pemerintahan baru.
bila terus menjadi kaki lawan. perubahan ke arah kebaikan sentiasa ada.
status quo sentiasa sahaja menjadi permasalahan sampai bila-bila.
selagi dunia bernyawa. selagi itu status quo itu merbahaya.
kerajaan itu tidak boleh terlalu kuat.
dan begitu juga oposisi.
cuma nampak idealnya di zaman nabi.
utopia sekali.
masuk zaman yang lain-lain. sudah celaru dengan machiaveli arab.
bersetuju dengan status quo. ibarat meludah ke langit. menjilat semula ludah sendiri.
status quo baru nanti akan takut. akan terancam. akan menjadikan kita musuh.
tapi yakinlah.. tapi pastilah.
kebenaran selalu milik orang tertindas.
berpihak kepada rakyat terbanyak. dari segelintir yang tamak.
adalah tetap mulia. tetap terbaik.
sampai bila-bila pun.

berani berfikir. berani menulis. berani melawan.
sekali melawan. sampai bila-bila pun melawan.

Ulasan

Catatan Popular