demi meraih perhatian!

maka terpaksalah mereka menulis pembodohan-pembodohan. demi meraih perhatian. demi meraih penghormatan.
tidak tahu ini bakal jadi bala buat umat. bila kau kekal terhormat sementara umat makin jauh dari rahmat.
mereka lebih selesa menulis benda-benda kelakar. benda-benda populis. asalkan tidak dimalukan.asalkan tidak dikritik. asalkan tidak dibongkar kisah silam.
alasan klise. strategi. demi menyampaikan 'dakwah', strategi meraih perhatian adalah diperlukan.
adapun bercakap dalam bahasa mudah tidak termasuk dalam kategori 'strategi' ini.
bercakap dalam bahasa mudah sememangnya adalah bahasa kaum progresif. kaum rowshan fekr.
tetapi demi meraih perhatian ini adalah tidak termasuk dalam merempuh status quo.
sebab itu islam di malaysia agak lembab.
berbanding islam di wilayah lain.
agh.
dan sebab itu juga.
islam menjadi subjek-bidang yang agak perlahan jika dibanding dengan subjek lain.
kerana golongan intelek -akhirnya jelek- ini suka bercakap benda-benda remeh. berdebat hal-hal remeh. selesa dengan ramainya audien. dengan ramainya angka. dengan banyak kuantiti.
tapi kualiti pemikiran intelek manusia melayu-muslim makin rendah.
kualiti perbahasan sekitar permasalahan akhlak. biadab atau tidak seseorang itu.
bukannya apa yang manusia itu suguhkan.
hadith-hadith sekitar akhlak dijaja ke sana-ke mari.
untuk apa?

tak lain tidak bukan. untuk memperbodohkan kemanusiaan.
mereka suka melihat siapa yang berkata. -gosip. artis. serban. jubah. kacak. lawa. gedik.
bukan nak lihat apa yang dikata. - hujah. ideologi. pemikiran. kemanusiaan. kebenaran.

Ulasan

Catatan Popular