bagi rm10.

aku dah down betul hari tu.
nasib baik ameno world ada. beberapa bulan ini berkawan dengan ameno world.
sebelum itu. ada beberapa isu aku mengkritik ameno world. masa tu belum kawan lagi.
dalam poket aku ada 50 sen.
nak pergi kl. untuk bentang revolusi iran. dengan kawan-kawan marxist.
tapi duit ada 50 sen sahaja. macamana ni.
aku tapau ameno world. yang malam tadi kata boleh beri pinjam.
dia bankin rm100.
aku makan kfc dulu sebelah atm. aku lapar betul.
kfc ada daging. dan kfc mudah diusung. makan nasik leceh.
so aku makan kfc sambil tunggu bas u80.
bas sampai. dan kemudian aku pergi ke dataran merdeka. dengan hakim hood. komrad baru.
dari 50 sen berkembang-kembang membiak menjadi banyak.
sharifah tinggal duit pada yuva rm30 untuk aku siapkan zine.
aaron beli dua zine. zine aku kapitalis. rm10 setiap satu. dapat rm20.
aku maseh menunggu seorang hamba Allah datang untuk membeli psp aku.
bagi aku prinsip barang-barang -bukan buku- yang aku beli mudah.
korang kena back-up tuan barang yang beli korang -barang yang dibeli.
so sewa rumah aku dah sebulan aku tak bayar.
untuk melunasinya kena bayar rm250.
so aku jual psp aku dengan harga rm350.
yang aku beli dengan harga rm590. termasok game.
mulai dari situ duit bertambah dan bertambah.
hakim sebelum balik beli dua zine aku.
dan aku ketika bermalam di surau kampung banda dalam.
sempat hasilkan zine revolusi iran yang aku bentang di dataran.
salute untuk diri sendiri!
-petang esok itu ke padang jawa street art festival.
esoknya ke buku jalanan uia

:)

ada satu benda lagi yang aku terpaksa sebut di sini.
well. aku nak mencari populariti. biasalah. ha ha.
bagi aku. tak patut betul orang-orang yang beri derma rm1 ini.
ini adalah percubaan manusia-manusia gagal untuk menghapuskan dosa-dosa kecil mereka.
bagi aku. rm1 itu tidak boleh mengenyangkan perut peminta sedekah. dan nampak agak menghina kaum peminta sedekah.
kalau nak bagi rm1. tak payah bagi. simpan dalam kocek. dan sila istighfar banyak-banyak sebab tak boleh mengenyangkan perut kaum tertindas.
so nak bagi berapa?
bukan.
isunya bukan nak bagi berapa.
isunya kau boleh tak menghilangkan lapar dia buat seketika?
maka kalau kau takleh bagi duit, kau bagilah air mineral atau apa-apa makanan mengenyangkan.
-kalau tak tak payah bagi langsung.
ataupun.
kau bagi rm5.
atau rm10.
ini lebih afdhal dalam konteks rm1 takleh mengenyangkan perut orang lapar.
dan ini akan menghakis nafsu tamak kau dalam memiliki duit. dan perasan duit ini kau yang punya.
bagi rm10.
Allah.

Ulasan

biskutkumpang berkata…
gua nak beli zine revolusi Iran tu, macam mana nak beli?
Benz Ali berkata…
emel gua. ilazneb@gmail.com

Catatan Popular