kena belajar banyak benda.

malam tadi ada forum.
menarik gila.
seumur hidup aku. malam tadilah forum paling hebat dan ghairah.
sebab forum semalam mengajak aku menilai semula erti hidup.
sekolah bukan penjara. dan universiti bukan kilang.
inilah faham yang menderitai aku pada masa-masa lalu.
dirotan dengan kerasnya undang-undang yang memenjarakan fikrah dan kreativiti, lantas semua bertungkuslumus mengejar a yang tidak selesai-selesai.
ada tiga ahlipanel.
zulfikri zamir menggantikan saifudin abdullah.
anas alam fazli sebagai moderator.
dua orang lagi, maszlee malik dan hisyamudin rais. aka tukartiub.
zulfikri mungkin agak terkapai-kapai. sebab di sebelah kirinya adalah dua orang yang agak otai.
tapi artikel dan buku zulfikri sangat matang jika dibandingkan dengan pemikiran aktivis-aktivis mahasiswa sekarang.
sementara hisyamudin rais mengajak audien mengenali apadia sistem persekolahan yang dilalui beliau berpuloh tahon lampau dengan memperkenalkan persoalan melawan, iaitu why?
dan maszlee malik tak aku sangka boleh tahan kuat pembacaan beliau.
maza pun aku tak pernah dengar lagi mengupas seperti maszlee.
bawani pun juga muncol untuk memberikan sedikit komentarnya.
aku fikir forum semalam complete set. dengan idea, dengan figur, dengan partisipasi peserta, semuanya lengkap.
cuma anak cina tak aku nampak pula.

pedulikanlah bangsa cina.
walaupun perjuangan yang aku dan kawan-kawan aku tempuh sekarang tiada rasis, tetapi secara peribadi aku menyimpan sedikit sangsi atau skeptik pada bangsa tersebut.
sungguhpun aku pernah melihat ada juga cina yang miskin, tetapi boleh dikatakan dalam hidup aku yang agak bergelumang dengan cina beberapa tahun terakhir ini, bangsa cina pun boleh tahan elitnya.
dan aku lebih simpati pada bangsa india yang tertinggal jauh di belakang. selain bangsaku sendiri.
apapun tesis rasis tidak boleh terpakai dalam social justice struggle ini.
kita kena bersatu bukan pada ras atau warna kulit.

tapi pada keadilan. jika bangsa kita ada yang memeras, kita akan tentang mereka mati-matian.
apatah lagi yang melakukan kezaliman itu bangsa lain, wajib bagi kita melawan tanpa henti.
inilah keadilan yang aku faham.

dan untuk perjuangan menegakkan keadilan ini, kita kena belajar lebih banyak lagi.

Ulasan

Catatan Popular