van damn pun ok!

baru habis menonton expendables 2.
tahun lepas memang sudah tengok.
sengaja buat habit mengulang tonton filem-filem menarik setiap tahun.
tapi aku tak habis pula universal soldier yang terbaru. day of reckoning.
entah kenapa.
walhal pelakon-pelakon dalam expendables 2 boleh dikatakan hampir jamak juga ada dalam universal soldier yang terbaru.
antaranya scott adkin, dolph lundgren? dan van damn sendiri.

dan dalam cerita universal soldier yang terbaru, adkin jadi protagonis yang malang.
menariknya hubungkaitan aktor-aktor ini agak sama. selain genre aksi adalah genre kesamaan mereka, ada beberapa cerita mereka agak sama dan diubahsuai sedikit demi sedikit untok menghasilkan sebuah cerita baru yang lain pula.

misalnya adkin sendiri. cerita martial art yang paling berkesan bagi saya, adalah undisputed II dan undisputed III. maaf. undisputed yang pertama tak mengancam langsong!

undisputed II dan undisputed III mengisahkan bagaimana penjara bukanlah lagi sebuah penjara tetapi adalah sebuah gelanggang pertarungan antara hidop dan mati.
adkin lahir di situ.

jika mahu bebas keluar dari situ, adkin mesti menang terlebih dahulu.

dalam in hell, lakonan van damn, juga begitu. akan tetapi dalam in hell, ceritanya lebih revolusi dan lebih manusiawi dan tidak begitu menonjolkan sangat elemen pertarungan.
bagaimana van damn didapati bersalah membunoh isterinya di dalam in hell juga agak sama dalam day of reckoning bagaimana scott adkin kehilangan isteri dan anaknya.


dan ini antara filem-filem menarik kecuali day of reckoning yang maseh belum habis-habis lagi ditonton walaupun beli dvd nya tahun lepas lagi!


Ulasan

Catatan Popular