studi tak mengenal limit.


ini yang sedang diterapkan.
dan bagi aku, kehidupan sekarang jika tidakpun 1000 kali lebih baik dari kehidupan dahulu, sekurang-kurangnya 100 kali ganda adalah terlebih baik daripada kehidupan dahulu.
dahulu aku miskin gila.
di kampus rasanya aku seorang yang paling miskin dan tidak reti bersyukur.
satu-satunya jejaka di kuis yang berulang-alik ke kampus menaiki basikal dan bekerja sambilan yang bergaji tak sampai rm100 sebulan.
ditambah extend satu sem.
akhirnya semua itu lebur habis bila sudah sangat tidak tahan.
tapi aku rasa sedikit beruntung walaupun tercampak jauh di bumi selangor berbanding rakan-rakan sekolah menengahku satu masa dahulu.
aku telah berkenal dengan dunia lain.
dan sampai sekarang agak terasa sedikit lebih berbanding rakan-rakan exam oriented yang lain.
tapi agak sengsara hidup masa tu.
pernah berkongsi makan nasi dengan semut.

**
sekarang walaupun berkerja.
aku telah meneroka sebuah lagi dunia.
dunia perebutan antara kaum atasan dan kaum bawahan.
antara sosialis dan kapitalis.
antara marx atau adam smith.
banyak benda aku sudah teroka.
dan ilmu bukan lagi berligar sekitar teori. tapi sudah masuk fasa praktis.
antara filem menarik ditonton baru-baru ini selain juvana.

ambil gambar dari http://www.filmofilia.com
dan http://www.chinesefilms.cn

dan sebenarnya bila difikir semula, aku sekarang lebih bebas untuk studi dan buat apa sahaja. tidak terpenjara lagi dengan dogma, nak belajar tinggi kena masuk universiti.

Ulasan

Catatan Popular