saya suka hlovate :D

elak guna shortform.
sebab tu aku tak guna twitter.
manglish atau hlovate style maseh aku terima kalaupun tak semua.
kerana lembabnya dewan bahasa kita dan manglish lebih mengakrabi kita di pasar-pasar bahasa.

dan bagi aku shortform cumalah merosakkan lagi bahasa.
bukan nak bela hlovate. tapi dia adalah produk hasil kemalasan dewan bahasa kita yang elit.
dan karya-karya hlovate lebih bermutu dari produk elit dewan bahasa kita. sekurang-kurangnya hlovate membawakan mesej.

puisi dari saudara abror menarik untok dibacakan di sini.
memang- bacakan saja talqin
untuk kitab yang terngadah tinggi itu
biar kita menangisi detik nazak sebuah bahasa
di menara yang tak membawa apa-apa makna.


kitab terngadah itu-
manakala manglish pula, memang merosakkan bahasa.
sudah tiada erti apa dia sastera, dan apa dia sejarah, bila kemodenan merempoh habis bahasa, sastera dan sejarah.

dewan bahasa kita lah yang sewajibnya dipersalahkan dalam isu bahasa kita yang rosak ini. bukan sahaja rojak, bahkan rosak teruk. sastera tak ke mana, tetapi bahasa rosak habis. tiada prinsip dan bergantong poket pada kocek kerajaan.

seperti projek ppsmi.
sudahnya, bahasa inggeris tak ke mana, sains-matematik kita lintang pukang, sastera hancur terus dibaham ayat-ayat cinta, dan apa lagi yang lebih terok dari ini?

boleh rujok-
http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2012/11/27/lifefocus/20121126170349
http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2012/12/4/lifefocus/12391468&sec=lifefocus

Ulasan

Catatan Popular