kembali menulis.

baru balik dari kembali ke memali. sengaja cipta nama ada rima li di belakang. pas memang shit.
kalau aku terbalikkan isu nfc itu kena pada mumtaz, atau kena pada aiman athirah atau siti zailah, bagaimana? [maaf. dalam kotak pikiran aku tak banyak nama muslimat pas.]
jika isu nfc tu kena pada pas, maka adakah pas akan lawan mumtaz, aiman athirah dan siti zailah?

tak. dalam dunia yang kita duduk sekarang ada beberapa logik.
logik penindas akan guna cara sama niccolo michaeveli dalam mencapai misi.
sebenarnya michaeveli, ends justify the means, alghayah tubarrirul wasilah atau matlamat menghalalkan cara sejujornya bagi aku, jika ditinjau, bukanlah satu masalah sangat. [aku pun akan guna apa sahaja cara yang dipikirkan logik untok memenangkan keadilan]
masalah sebenar ada pada logik penindas.

kita akan lawan mati-matian umno-beend sebab kerosakan dan kekorupan mereka.
benar. sangat benar.
tetapi bila kita yang sama ada kekorupan? bagaimana? sapu bawah carpet sebab pilihanraya sudah dekat?
sama je tahilembu kita dengan umno. sama. tiada beza. mungkin kita lebih keji. sebab kita dari gerakan islam.

itu sedikit yang aku dapat ulas hasil kembali ke memali. alynn mesej kata dia ada tulis sesuatu tentang aktiviti baru-baru ini. mahu baca ulasan dia pula. salute untok alynn yang humanis.

**
aku dah mula gian menulis. sebenarnya.
dan blog adalah medan eksperimental terbaik untok penulis amatur mengasah bakatnya.
blog. facebook. dua medan atau sharpener terbaik untok penulis mengasah pensel bakatnya. twitter tak. sebab tu aku haramkan diri aku menambah satu lagi produk buang masa internet.
cukoplah dua benda ini, selain youtube. google. dan wikipedia.
lain-lain tu memang menyemak.
baru-baru ini rakyat anarki tunjok pada aku zello.
macam power je. macam boleh buat radio kita sendiri.
ada beberapa je produk internet yang berguna dalam kehidupan aktivis.
oh lupa. aku dapat banyak manfaat juga hasil sistem scan dan kebolehan internet untok sebaran seberapa banyak yang boleh. aku suka betol baca manga dari jepun terjemahan orang putih. benar-benar bermanfaat.
ibuk yang mudah dimuat turun. terima kaseh internet. terima kaseh yahudi.

tetapi nak taknak. menulis kena didasari membaca.
aku kemudian buat formula baca aku sendiri. yelah. dropout yang supersibuk macam aku. mana ada masa banyak dekat universiti. kerja lagi. nak baca puisi lagi. nak menulis lagi.
so kenalah ada formula baca yang cukop pantas, bijak lagi licik. alias cerdik.
ini selepas formula herry nurdi setahun lepas di titihayun. kedah.
herry kata kalau baca seminggu sebuah buku. bermaksud sebulan empat buku. 48 buku setahun.
formula aku.
kita baca pantas. cepat. cari poin-poin penting.
seminggu ada  tujoh hari. tujoh hari tu ada empat pusing. kau akan jumpa tujoh kali itu dalam empat kali lagi. 7 X 4.
jadi kalau formula herry, 4 buku X 7 hari. aku terbalik.
7 buku X 4 hari. bersamaan, sehari kau baca je satu buku. esok baca pula buku lain. lusa baca buku lain. tulat baca buku lain.
minggu depan ulang semula buku-buku yang kau baca minggu lepas.
ada dua kali lagi ulang dan baca.

cuma buku sastera kau mungkin akan ada masalah sikit kalau baca cepat.



Ulasan

Catatan Popular