beberapa hari ni demam.

demam dan bersin. beberapa hari ni.
ingat-ingat semula, dalam setahon mesti ada gejala-gejala ni datang. terima dengan redha sahajalah.
tapi sakit kepala dan putus cinta pun datang serentak. sakit hanya tuhan sahaja tahu.
cuba untok tanak buang masa lebih banyak pada hal-hal romantis. tapi tak dapat. ternyata aku manusia biasa.
yang ada hati, jiwa, perasaan. dan perlukan seseorang untok amek peduli.
menulis ku cuba jadikan terapi. apatah lagi lepas bos buddha aku dah wifikan kedai ini. maka internet tak perlu lagi aku cilok di kepe starbuck yahudi sebelah kedai.

**
saja aku sekat anonymous untok menempek komen di blog ini, melainkan hanya yang sah berdaftar dan boleh aku cari semula. bagi aku anonymous tu penakut. hanya berani pakai topeng vendetta dan tak berani pertaruhkan nyawa sendiri demi the so called perjuangan.
maka aku pilih jadi diktator bijak. aku dah mula nak mendelete group-group yang aku tubohkan di fb, yang kurang beri faedah dan tumpu pada fanpage baru, iaitu sekolah orang miskin.

takda masa dah nak buang masa merata-rata. aku nak menang dalam perang ini. perang adalah alias pada kehidupan. sekurang-kurangnya itu definisi kehidupan bagi aku. maka aku tak sempat, memang takde masa dah nak berdemokrasi dalam group atau blog. dalam wall fb aku, suka atilah nak balun aku ke apa.

tak kisah. tak peduli.
ada perkara kena diktator. ada perkara kena demokrasi.
ha ha.
ternyata aku seorang machiaveli juga. dan pragmatis dalam hal-hal sepele sebegini.

Ulasan

Catatan Popular