salute untok stallone!

aku sebenarnya baru sahaja lepas menonton expendables 2. hari tu pun dah tengok di pawagam. tapi tak rasa ini movie yang best. komen aku satu je pasal movie ni. movie ni cameo. dan tak berapa lama kemudian lepas dari pawagam tu, aku ada beli raid redemption, filem aksi senibeladiri [gabungan indonesia-hongkong-hollywood] dan filem ini lebih power beratos kali dari expendables 2.

begitupun aku memang terkesan dengan expendables yang pertama. mungkin kerana ianya filem cameo aksi yang pertama, yang mengumpolkan agak ramai hero-hero yang punya pengikot masing-masing dalam setiap filem mereka, dikumpolkan di bawah satu bumbong filem bernama the expandables.

dan rupa-rupanya jean claude van damn adalah antagonis setan dalam expendables 2 ini. dan sekali lagi ku jumpa scott adkins. aku rasanya sebelom ini jarang atau hampir tak pernah tengok movie-movie van damn, cuma sedikit kenal dan perasan muka dia.  dan scott adkins, memang aku takleh lupa. filem undisputed ii dan undisputed iii meninggalkan kesan yang agak banyak dalam filem jenis aksi-senibeladiri.

ternyata stallone sangat power dari sudot kesunggohan berkarya. sebelom kita tengok rambo 4, haros dilihat sama rambo first blood yang pertama. ternyata dia aktor yang power. aku tak tengok banyak filem stallone seperti rocky dan lain-lain, tapi ada tertengok sekilas judge dredd. judge dredd bagi aku sebuah filem lucu. bukan filem aksi. ternyata strategi memasokkan aktor-aktor aksi serius ke dalam filem-filem lucu atau filem-filem bukan aksi seperti filem cinta, akan merosakkan filem tersebot. seperti memasokkan liam neeson ke dalam a-team adalah kelakar, memasokkan schwarzenegger dalam kindergarten cop adalah kelakar dan lain-lain lagi. cuma dredd yang terbaru ini, aku tak rasa mereka nak kelakar kan lagi.

dan sekarang umornya sudah menjangkau 66 tahon [dilahirkan pada 1946] maka stallone meninggalkan nama yang cukop besar dalam filem genre aksi. filem rambo ke empat antara filem yang membuatkan aku beralih pandang kepada filem-filem stallone. dia melakar nama bukan sahaja sebagai pelakon aksi yang power, bahkan pengarah filem yang fui yoh!

satu yang aku puji dalam expandables 2, stallone tak kalah sebagai model! karekternya dalam expandables 2 sangat otai yang macho!

Ulasan

Catatan Popular